Saturday, August 29, 2009



GAMBAR fail menunjukkan Kiai Abdullah (kiri) ketika sedang belajar di Mekah

JENAZAH seorang ulama di Indonesia, Kiai Abdullah H. Mukmin yang meninggal dunia pada 22 Oktober 1983 berbau wangi manakala kain kapannya masih elok ketika kuburnya digali untuk dipindahkan ke tempat lain di Tangerang, Jakarta, baru-baru ini.
Menurut sebuah akhbar baru-baru ini, mayat Kiai Abdullah tidak reput dan masih berada dalam keadaan baik sama seperti ketika ditanam 26 tahun lalu.
Kayu penutup jenazah itu didapati tidak reput termasuk kain kapan.
Anak sulung Kiai Abdullah, Mukhtar Ali yang mengangkat jenazah bapanya dari liang lahat mengaku berasa terkejut.
“Keadaan jenazah sama seperti semasa ditanam pada 22 Oktober 1983.
“Cuma tubuhnya kelihatan kurus manakala rambutnya putih,” kata Mukhtar.
Mukhtar dan keluarganya turut terkejut kerana jenazah bapa mereka berbau wangi.
Menurutnya, bau itu tidak sama dengan wangian yang dijual di kedai-kedai minyak wangi.
Beberapa orang yang berada di kubur itu melaungkan takbir semasa menyaksikan kejadian tersebut.
Kubur Kiai Abdullah terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kerja-kerja pelebaran jalan.
Ketika masih hidup, Kiai Abdullah banyak menghabiskan masanya dengan belajar dan mengajar agama.
Kubur baru ulama itu kini di depan pekarangan rumah seorang lagi anaknya, Achmad Fathi, yang terletak 15 meter dari lokasi pusara lamanya. – Kosmo


Nabi Khidir membimbing Nabi Musa
Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah s.w.t memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:
“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: ‘Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun.” (QS. al-Kahfi: 60)
Kalimat yang samar menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma’ al-Bahrain (pertemuan dua buah lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting yang dinanti-nanti oleh Musa ketika beliau sampai di majma’ al-Bahrain. Anda dapat merenungkan betapa tempat itu sangat misteri dan samar. Para musafir telah merasakan keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu.
Seandainya tempat itu harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan rnenyebutkannya. Namun Al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana Al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal.
Di samping itu, tempat pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini dan Musa juga tidak kita ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu kapan terjadi dan di tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu, bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah s.w.t mengisyaratkan hal tersebut dalam firman-Nya:
“Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.” (QS. al-Kahfi: 65)
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu seorang hamba yang dicari oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang diajak berbicara langsung oleh Allah s.w.t dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu. Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang hamba yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci disebutkan bahawa ia adalah Khidir as.
Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya. Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak- gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa. Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang. Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.
Teruskan bacaan »
Hikmah Sujud: Sujud lega sistem pernafasan
MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s. w. t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s. w. t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s. w. t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Teka-Teki Imam Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)
Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”
Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”

Tips Dr Fadzilah Kamsah
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yangpanas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalaumereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yanglain.

Wednesday, August 27, 2008

1. In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

2. Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the World,

3. Most Gracious, Most Merciful,

4. Master of The Day of Judgment.

5. Thee do we worship, and Thine aid we seek

6. Show us the straight way,

7. The way of those on whom thou has bestowed Thy Grace,

those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.





Assalamualaikum werahmatullahiweberakaatuh


Pulau Bawean tempat lahirku………………

Sesiapa saja yang datang kepulau Bawean akan merasa selesa dan merasa tenang, walaupun dipulau Bawean masih banyak perkara-perkara yang ketinggalan berbanding pulau-pulau yang lain di Indonesia.

Namun penduduk pribumi pulau Bawean kebanyakannya tinggal di perantauan, seperti di Malaysia, Singapura, Australia dan juga di Negara-negara lain. Walau demikian anak-anak orang pulau Bawean tidak ketinggalan dalan bidang pelajaran, seperti juga anak-anak negeri lain. Orang tua yang merantau kebeberapa Negara terpaksa bekerja keras demi untuk menyekolahkan anknya hingga ketahap tertinggi, walaupun ianya amat besar pembiaannya.

Apa yang saya mau keritik / komen disini ?...........

Kenapa pulau Bawean masih tetap ketinggalan jauh berbanding pulau-pulau yang lain? Dan penduduknya masih juga tetap seperti orang yang tidak berpelajaran tinggi. Padahal orang pulau Bawean sangat terkenal kebijakannya, kepandaiannya dan kerajinannya berbanding bangsa Indonesia yang lain. Kalau di Malaysia orang Bawean terkenal dari segi persembahan marhaban dan hadrahnya. Kalau di Singapur terkenal jamaahnya. Begitu juga di Negara-negara lain .

Pelik tapi benar………..

Ini adalah tabiat semulajadi orang pulau Bawean. apabila saja tamat belajar di negeri lain seperti di Jawa, bahkan yang belajar di Negara luarpun, akan tepengaruh kembali tabiat kono orang pulau Bawean. Mana bisa terkenal atau terunggul walaupun selama mana belajar di institusi tinggi kalau sifat dengki, irihati, masih tersirat didadah seseorang itu? Justru itu anak orang pulau Bawean tidak bisa menjadi orang yang besar/terkenal dimata umum.

Inilah…..sifat orang Bawean….

Baru saja mendapat mandat sudah di dengki……….
Dicantas sehingga ia tidak dapat menjalankan mandat atau pangkat yang diperolehi. Inikah yang dinamakan terpelajar? Wahai orang pulau Bawean sadar dan buanglah sifat kono jahiliyah yang masih tersisa dilubuk hati!!!. Berilah peluang bagi yang mendapat anogerah dari apa yang dipelajari agar supaya orang pulau Bawean tidak tetap ketinggalan.

Kata mutiara dari saya Pejinggahan blog…

Kerjakanlah apa yang disuruh oleh Allah, walaupun kebanyakan manusia membencinya.

Tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah, walaupun kebanyakan manusia menyukainya.

Wednesday, June 25, 2008


Cerita dongeng orang pejinggahan.........,,

Asal usul ikan duyung,,,/?

Ceritannya begini

Semasa saya kecil dahulu, waktu itu saya belum lagi berangkat kemalaysia.

Saya suka sangat mendengar cerita dongeng. pada malam jumaat, biasanya kalau malam-malam seperti ini anak-anak bawean tidak ada kelas mengaji alquran. Jadi pada malam itu saya tidur dirumah nenek saya, lalu nenek saya tanya �� apakah kamu mau mendengar cerita dongeng? Ujar nenek saya., saya jawab ya..kalau gitu nenek akan menceritakan asal-usul ikan duyung!!.

Saya terus diam dan mendengar apa cerita yang diceritakan oleh nenek saya.

Pada suatu zaman dahulukala ada seorang janda yang mepunyai dua orang anak. Dan kehidupan janda tersebut teramatlah miskin, sehingga anak-anak beliau menangis tiap-tiap hari karena kelaparan. setiap hari janda tersebut merasa sedih dan bingung memikirkan nasib dirinya dan anak-anaknya, yang mana anak janda itu kedua-duanya lelaki. Karena tidak tertahan mendengar tangisan anaknya yang menangis tiap hari, lalu janda mudah itu terus membuat keputusan untuk meninggalkan anaknya. Namun dalam hati kecilnya tak sampai hati untuk meninggalkan anaknya, apatah lagi anaknya masih lagi kecil dalam lingkungan 3 dan 2 tahun.

Kesabaran itu ada batasnya,,, lama kelamaan sabar janda itu pun dah habis, lalu janda itu terus memberi tau kepada anaknya. Wahai anakku besok ibu akan pergi kelaut mau menangkap ikan untuk kamu berdua. Dan sekiranya ibu tidak pulang kamu berdua harus menyusul ibu. Baik ibu., ujar anak kecil itu. Lalu ibu mudah itu terus meninggalkan kedua anaknya, karena tidak tahan lagi dengan tangisan anaknya itu. Hari demi hari janda mudah itu semakin tekad tidak mau pulang lagi kerumahnya. Lo, kenapa ibu kok tidak pulang lagi yah,, ujar anak janda itu. Akhirnya anak itu menyusul ibunya kelaut. Tetapi dia tidak dapat lagi mendekati ibunya karena ibunya tengah berenang dilaut yang penuh dengan gelombang yang amat besar.

Lalu anaknya memanggail-manggil ,, ibu,ibu,ibu pulanglah bu adik menangis tidak berhenti karena rindukan ibu. Semakin dipanggail ibunya,, semakin jauh berenang. Akhirnya ibu mudah itu lenyap ditelan gelombang samudrah. Dan kedua anak itu terus mencari kehidupan sendiri tampah bantuan orang lain.

Demikianlah ceritanya.

Betul atau tidak ini kan cuma dongeng......

Ditulis oleh: zaini sairi pejinggahan

Lais Karami di Pulau Pinang

Sunday, June 22, 2008

KONTAK REDAKSI 012-6670767

KIRIM BERITA & ARTIKEL Email zaini.pejinggahantemor.sairi@gmail.com


↑ Grab this Headline Animator
Cerita orang pejinggahan tentang batu kerbau
Pada suatu ketika dahulu semua orang bawean pasti teringin untuk berkunjung ke batu kerbau (batu sarapong) yang terletak di laut kampung pejinggahan. Apa tidaknya,, kerana batu tersebut banyak cerita misterinya. Pada tahun 70-han ada seorang yang coba untuk medirikan (pecat)<> di batu tersebut, selepas sahaja pecat itu didirikan kampung pejinggahan ketika itu kurang aman, karena penduduk di kampung tersebut banyak yang diserang penyakit malaria. Dan kebanyakan orang yang diserang penyakit tersebut hingga membawa mati. sampai dua hingga tiga dalam waktu sehari ada orang meninggal dunia di kampung pejinggahan disebabkan penyakit malaria. Semua orang kampung jadi bingung, karena penyakit malaria yang amat teruk hanya terjadi di kampung pejinggahan. Bapak dukun ,ahli nujum, dan pak Kiai masing-masing bingung, mencari jawapan!! …… akhirnya maka datanglah mimpi kepada seseorang, yang mana mimpi tersebut, menyuruh untuk merobohkan pecat yang didirikan di batu kerbau itu. Selesai saja pecat itu dirobohkan maka penyakit malaria tiba-tiba hilang dari kampung pejinggahan. Dan kebanyakan orang yang sakit dikena malaria beransur pulih.

Kenapa orang sebut batu kerbau itu batu sarapong???
Ceritanya begini!!!
Waktu dulu batu kerbau itu ada kejadian ajaib, yang mana saya sendiri pernah melihat kejadian itu. Kalau musim angin timur dengan jelas telihat, ada sebuah batu yang terapong disebelah barat, dan kalau musim barat pula batu tersebut terapong disebela timur. Atas sebab itulah kemungkinan batu itu disebut batu sarapong, kerana perkataan tersebut hampir sama bunyinya dengan perkataan terapong. Namun kini batu tersebut telah hilang berpinda kesatu tempat, sampai sekarang tidak terjumpa tempatnya.
Ditulis oleh: Zaini bin Sairi Pejinggahan.






Jalan Terus...............

Aoong Kek...............
LINK BAWEAN
Aini Nafila Aryani Ajib Amen Raof Anjarawean Arifin2702 Bawean Info Bawean Kita Betosendhi Bimbo Bawean Boyan Student Family Champa Institute Cimande Bawean Collections of Swakarya Elmiftah El - Bayan Esont FaNaz Sound Production Gasa87 Ghazyan Harate Ibnu Anshari Jaliblogspot Khalid Wahyudin Persatuan Bawean Malaysia Persatuan Bawean Singapore Persetan Pulau Bawean Pulau Bawean Informe Sahip-Syarifi Saiful Aiman Sakdallah Bin Mufdalah Sikacamata Hitam Sinar Bawean Syahrul A'dam Suehaila Suwari Timur Wardun



KAMUS BAHASA INDONESIA - BAWEAnBAHASA ANGKA (NOMOR)1 : Settong 2: Deduwek 3 : Tatellok 4 : Empak-Empak 5 : Lelemak 6 : Enem-enem 7 : Pepettok 8 : Bebelluk 9 : Sasangak 10 : Sapoloh

SETIAP SAAT PASTI KATA AKAN BERTAMBAH.TARGET SEMUA BAHASA BAWEAN.DALAM RANGKA MEMPERMUDAH BELAJAR BAHASA BAGI WARGA BAWEAN, KETURUNAN BAWEAN ATAUPUN YANG BERMINAT DENGAN BAHASA BAWEAN

Perbedaan Bahasa Madura dan Bahasa BaweanSebagaimana di Kangean, di Bawean juga terdapat perbezaan kata dengan kata di Pulau Madura.Contohnya : eson : aku (sengko dalam bahasa Madura daratan) sakotik : sedikit (sakonnik dalam bahasa Madura daratan) kathirik : sendiri(katibhik dalam bahasa Madura daratan) olo: kepala(olo/sera/cettak dalam bahasa Madura daratan) beremma : bagaimana(dekremma dalam bahasa Madura daratan) Bahasa Bawean menambahkan huruf 'n' untuk perkataan dalam Bahasa Madura. Contohnya : berempan : berapa (berempa dalam bahasa Madura) dissan : sana(dissa dalam bahasa Madura) keyan : juga (keya dalam bahasa Madura) dimman : mana (dimma dalam bahasa Madura)

KOMENTAR ANDA

SIHIR, SIAPA TAKUT?
Suehaila GelamSaya setuju... Memang di Bawean kepercayaan tentang sihir banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Bawean.Datuk saya sendiri ternyata dibunuh oleh masyarakat kampung karena katanya datuk saya mempunyai sihir. Dan ternyata walaupun datuk saya dibunuh, sihir masih tetap ada di Bawean.Malah kini kata ibu dan ayah semakin banyak. Persoalannya kenapa sekarang tidak ada orang yang mau membunuh orang yang dikatakan mempunyai sihir????Adakah telah terbukti yang kematian datuk saya telah membuktikan datuk saya tidak mempunyai sihir.Kenapa di zaman serba modern ini penduduk Bawean masih lagi percaya & mempunyai amalan ini? Saya menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke kampung sendiri walaupun ingin sekali mengetahui kampung halaman.

BERITA SINGKAT

ORANG BAWEAN DI VIETNAM
Jumlah warga Vietnam keturunan Bawean di Saigon sekitar 500 orang. Sebagai masyarakat yang teguh dengan agamanya orang-orang Bawean ini dikenal sebagai muslim yang taat, dan mereka memiliki masjid sendiri yang diberi nama Masjid Rahim. Masyarakat keturunan Bawean yang mulai berimigran ke Vietnam tahun 1880, tercatat pula sebagai penyebar agama Islam, termasuk dengan cara mengawini wanita Vietnam setelah lebih dulu diislamkan. (bst)

NAMA BAWEAN DI THAILAND
Nama Bawean di Thailand diabadikan menjadi nama salah satu kota, yaitu Bayan (Dari Bawean). Di daerah Bayan asalnya banyak warga Bawean tinggal.(bst)

NASI GULUNG BAWEAN DI SYRIA
Saat KH. Hasyim Muzadi di Bawean. Ada yang membuat beliau terkesan, yaitu nasi gulung Bawean tahan sampai 2-3 hari tidak basi. Kata KH. Hasyim Muzadi "Nasi ini akan saya bawa ke Syria, karena dua hari lagi saya di Syria". Sumber Hanafi (bst)

ILMU BAWEAN
Setiap orang ingin agar mati di kampung halamanya. demikianlah yang jadi tradisi masyarakat Bawean. Nah ada kisah bahwa anak muda Bawean selalu merantau ke segala penjuru mata angin. Tapi ketika menjelang tua mereka kembali ke Bawean dan meninggal disana. Apakah amalanya?Menurut seorang rekan, mereka membawa segenggam tanah leluhur. Lalu dengan rutin diadakan tahlilan pada segenggam tanah tadi. Dengan tahlil tadi mka mereka memiliki pengharapan agar bisa menghabiskan hari tua dengan tenang di kampung halaman.Untungnya saya bawa segenggam tanah kampung saya, dan akan saya tahlili agar saya mati dikubur ditanah kelahiran saya.(Untung Suropati)

BERITA LUCU

MENGEJAR PBM
Waktu saya berangkat kerja, dijalan raya saya lihat mobil dibelakangnya ada tulisannya PBM. Setelah lihat tulisan PBM, mobil itu saya kejar dengan cepat. Maklum, saya termasuk warga Bawean yang merindukan kebesaran PMB. Ech ternyata setelah mobil saya dekat, ternyata PBM Persatuan Banjar Malaysia. Wach kok bukan PBM Persatuan Bawean Malaysia, kataku. (Fiya)





ZAINI SAIRI ANAK BAWEAN DI MALAYSIA

IKTIBAR

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAT

1. Syirik dalam beribadah kepada Allah s.w.t.
2. Bertawasul kepada makhluk.
3. Tidak mengkafirkan orang yang telah nyata kafirnya.
4. Mereka yang telah berkeyakinan bahwa ideologi di dunia ini lebih baik dari apa yang dibawa oleh Nabi Mohammad s.a.w.
5. Membenci apa yang dikatakan sebagai sunnah Rasulullah s.a.w.
6. Agama dan hukum Islam sebagai sendaan atau mainan.
7. Menilik nasib dan bermain sihir.
8. Membantu orang kafir dalam menentang Islam.
9. Percaya bahwa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak mejadi kesalahan kerana semua agama adalah sama.
10. Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam


Disediakan oleh Zaini bin Sairi
IKTIBAR
15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA

1. Apabila kekuasaan dianggab keuntungan
2. Amanat dianggab ghanimah.
3. Membayar zakat dianggab sesuatu yang merugikan.
4. Suami tunduk pada isteri
5. Derhaka terhadap Ibu.
6. Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran.
7. Membenci Ayah
8. Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
9. Membuat bising didalam masjid
10. Orang disanjungi kerana kejahatannya.
11. Minum arak berleluasa.
12. Semakin ramai lelaki memakai sutera.
13. Wanita menari di hkalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa.
14. Permainan muzik meratarata.
15. Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu.



Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan. Dalam kitab al Barokah Fii Fadl Lis Sa'yiwal Harokah yang telah disusun oleh Abi Abdillah Muhammad biN AbdulRahman al Habsyi telah di terangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
Perkara tersebut adalah :
1. Tidak solat atau sembahyang
2. Bila hendak makan tidak membac bismillah
3. Makan di atas pinggan yang terbalik
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri
5. Menganggap ringan apa apa yang terjatuh dalam hidangan makanan
6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil
7. Suka bersandar pada pintu rumah
8. Suka duduk di atas tangga
9. Membiasakan diri membasuh tangan
10. Basuh tangan dengan tanah / tepung
11. Tidak membersih rumah
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain
13. Suka membersih rumah pada waktu malam
14. Suka tidur di atas muka
15. Membakar kulit bawang
16. Menjahit baju yang sedang dipakai
17. Melapkan muka dengan baju
18. Berdiri sambil mencekak pinggang
19. Tidur tidak pakai baju
20. Makan sebelum mandi junub
21. Selepas sembahyang subuh di masjid dengan tergesa gesa keluar dari masjid
22. Matahari belum terbit sudah kepasar
Apa yang telah disebutkan di atas adalah perkara perkara yang menjadi punca akan kesusahan batin dan zahir.
OLEH : ZAINI BIN SAIRI



Saturday, June 21, 2008
























Zaini bin Sairi (7) dari kiri gambar kenangan semasa bertugas di majlis makan beradap.